Thursday, March 4, 2021

2021

 Its 2021 already guys. Dah hampir 5 tahun bersawang blog aku ni. Actually aku lupa psl kewujudan blog ni. Hahaha. Dasar dah tua.

Anak pun dah 4 dah sekarang. Kasih kaisara 11 tahun, iskandar 9 tahun, Qayyum 7 tahun..and my lil cheeky girl Sarah Sofea almost 3 years.

Life alhamdulillah. 8 Mac depan aku sambut anniversary pertama ngan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia) Apoo.. dah setahun baru nk bgtau.. hahaha. At last after 10 years kt JUPEM, aku apply untuk berpindah. Pagi ni dapat surat untuk lapor diri sementara di HTAR, Klang. 

U wouldnt believe what happen in 2020. We were in pandemic ok. The whole world kena MCO. Sekarang dalam peringkat untuk pengambilan vaksin. So untuk shortform nya aku terpilih untuk jadi fronliner due to frontliners  kkm yang sedia ada pun dah abis daya dan tenaga. 

Its ok..aku sahut jihad yang ini. Saya yang menjalankan amanah kan? :P

My life alhamdulillah. Normal. Suami pun ok. Cuma rasa berat sikit tang duit la. Insyaallah,this shall pass to. Biasalah semua org pun terkesan dengan Covid 19 ni. Ekonomi lembs. Tapi aku bersyukur sbb masih ada kerja dan gaji. Alhamdulillah. TQ Allah :)


Ok till next time. 




Monday, November 21, 2016

november rain

Alhamdulillah..

cukup sudah usia menginjak 32 tahun. Masih banyak lagi impian yang ingin digapai..insyaallah..one fine day. :)

Emosi plak ok..ada ups and downs..tapi masih dalam skala yg bagus..i just love being in this kind of mode. X melibatkan emosi yang terlampau2..heheh.

3 orang anak yang makin ligat.. nk tambah lagi seorg,tpi kne tggu lg 3 tahun.. :P doakan misi yg tu berjaya. Nk kukuhkan ekonomi rumahtangga dulu..a long journey i guess :)

Untuk awak..harap2nya kita akan kekal bahagia hingga hujung nyawa. Please dont let me be just ur wife..tp kita jadilah best fren sampai bila2..lebih mudah untuk istana kita..


Tuesday, November 1, 2016

happy 7th wedding anniversary

Salam,

Sedar tak sedar 7 tahun melayari ikatan perkahwinan. Happy wedding anniversary awak! :)

Monday, October 24, 2016

oktoBerhantu...

Salam,

Hai..lama kita tak coret apa2 dalam ni kan..sian..sepi blog kiter.. :P

Sekarang dah 25hb Oktober dah pun..berbaki lagi 6 hari untuk sambut hari2 penting yang memeterai ikatan 2 hati..ecece..bagi canlah sesekali berjiwangan karatan. Its almost 7 years awak..sep sikitlah.. Dulu aku fobia dengan angka 7 ni..aku tak suka..sbb (ok sebab tu aku simpan dalam hati jelah) tapi dari malam tadi aku dok muhasabah diri..sampai bila aku nk elak segala yang kononnya menyakitkan hati ni.. Adakah dengan mengelak buat aku rasa selamat? Apa yang sebenarnya cuba aku lindungkan? Hati sendiri?

Aku kan peelnye camni..aku susah nk terima pendapat org (bukan sebab aku ego) tapi aku tau..hanya diri sendiri yang dapat pujuk keras kepala aku ni..aku ni org yang suka guna logik akal dari perasaan..aku bukan heartless cumanya ini memang aku. This is the way i am. Bukan jugak aku ni jenis tak sensitif..infact akulah yang paling mudah menitiskan airmata kalau tengok/dengar/rasa perkara2 yang menyentuh hati..cumanya aku selalu melarang keras untuk larut terus dalam perasaan. Aku benci dianggap lembik. Sebab aku jenis orang yang yakin diri tu tinggi.

Ok..nmpk jauh no aku karam kan..hahah.. sbb tu aku tak suka beremosi lebih. Nanti aku nampak merepek.. :P

Starting for today..no more afraid..no more pengelakan dari segala menda..lagu..no..tempat..warna..no no no..its so ridiculous.. aku takmo terpenjara dalam bayang2 sendiri atau orang lain..takmo terpenjara atas alasan nak jaga hati sendiri.. aku just nk bebas.. fullstop..

ok here i am.. bismillah..

Tuesday, February 23, 2016

Bila anak masuk hospital

Lepas celebrate ari jadi bf special aku kt kampung..blk tu 2 bujang aku tu demam2..yg omaknya terpaksalah mc jaga anak2.. Abis je demam Iskandar kena gegata plak. Untuk keterangan lanjut pasal gegata,aku tepekkan penerangan kt bwh ::

APA ITU GEGATA?
Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria. Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari


Die kena ari khamis,pas kiteorg blik dari IKEA. Mlm tu jugak kiteorg bawak die ke klinik Pandamaran. MMg xde injection sbb doktor kata dosnya tinggi dan tak sesuai utk kanak2 berumur 4 tahun. So doktor bekalkan ngan ubat alahan dan calamine lotion utk disapu.Yelah aku dulu pon kena inject tak smpat sampai umah dah pengsan dalam keta. :P

Hari jumaat tu pon still tak elok2.  Pas layan MLM (maharaja Lawak Mega) pkl 1 pagi tu gak aku n hubby bwk Is pegi HTAR. Mmg tak pasal2 la kena tahan kt wad pemerhatian di bawah. Ingatkan petang sabtu dah boleh keluar la..nan hado. Makin teruk..jadinya officially la Iskandar ditahan di wad Pedtriatik kt tingkat 6B.

On off gak la gegata tu menyerang. Yang kesian dah tentulah Iskandar. Tgh tido pon bole bangun dan menangis. Tido sendri atas katil mmg tak nak..nak gak tido atas badan omaknya ni hah.. takpelah nak..janji engko sihat.

Cukup 3 malam 3 hari barulah Is dilepaskan balik kerumah. Alhamdulillah. :) Maknya yang lebih happy sebab dapat tidur ngan nyenyak kt katil sendri..hahah. Dok hospital kan,tau jelah..mana nak lenanya. Tempat tido pon tak proper. Duduk plak dikalangan orang2 yang sakit.. Bebudak la tu..sangat2 lah menyentuh naluri seorang ibu.



alhamdulillah..now dah ok. fully recovery. Dan masih manja gak tak ilang2 lagi.. sempat gak la make frens ngan 4-5 mak org disana..heheh. Harapnya takde la anak2 aku yang check in hospital lagi..tak lalu omaknya ni hah.. 

 



Monday, February 1, 2016

Februari

Lupa nak bercerita psl pengalaman berjumpa ngan someone tu kan..hehehe..alhamdulillah. Everything went well. Untuk pertama kali selepas 5-6 tahun aku bebas jadi diri sendiri. Bebas bercerita..bebas bergurau senda..bebas mengusik. Tanpa aku cuit dan tercuit oleh isu-isu(atau dlm erti lain) org ketiga. :)

Rasa puas sebenarnya sebab bukan mudah kan nk lupa dan maaf pada org yang yg pernah melukakan kan? Tapi kalau dendam tu akhirnya mengusik ketenangan diri apalah salahnya kalau aku korbankan ego itu. Tak salah. Malah aku rasa Allah suka pada manusia yang memulakan perdamaian kan?

cuma yelah.. bff aku nan berdua tu dari awal selalu ingatkan.. hati2. Insyallah ye sayang2ku.. i will remember that. Hadiah yang aku peram tu pon akhirnya selamat terbagi pada yang berhak.. semoga pemberian yang tidak seberapa itu bermanfaat lah hendaknya..amin :)

And hello februari. Nice to meet u.

menghitung hari utk birthday boifren special kecik yang sorg tu on 6th February. He will turns 4 soon.. Ish2 besar dah anak special aku sorang ni..patutla cerdik semacam.

And membilang hari juga utk 2 tahun berlalu sayap sebelah meninggalkan kami dengan sejuta kenangan dan memori. Alfatihah utk my atok.. Ya rindu sangat dengan atok :)

Monday, January 25, 2016

bukan senang nk bercerita dengan yg tercinta pasal hal2 silam kan? Semua orang kalau boleh nk elak..sebab takut terluka hati sndri.

ade quotes yang penah aku baca what u dont know..doesn't kill u.. heheh.

Tipulah aku cakap kalau aku tak terasa. pasti kalau tak banyak sedikit. Tapi apa je yang boleh aku buat. Segala yg jadi dah terjadi. Move on.  Dan kalau aku tak boleh mendengar atau meluahkan apa sahaja pada sahabat baik..betul ke function sahabat sejati tu?

Aku maafkan.

:)